Beijing mahu AS batalkan hasrat tutup Konsulat China di Houston

 

 

BEIJING, 22 Julai  — China meminta Amerika Syarikat (AS) segera membatalkan keputusannya untuk menutup pejabat Konsulat China di Houston, lapor agensi berita Sputnik, memetik jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin, pada  Rabu.



Terdahulu, Ketua Pengarang Global Times menulis di Twitter kerajaan AS mengarahkan misi diplomatik itu ditutup dalam masa 72 jam.

“Itu provokasi politik sepihak AS, pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa, peraturan utama berkaitan hubungan antarabangsa dan perjanjian konsular dua hala antara China dan AS.

“China dengan tegas mengecam tindakan menjijikkan dan tidak berasas itu,  yang boleh menjejaskan hubungan rakyat China-AS … China mahu AS segera membatalkan keputusan itu,” kata Wang.

Beliau memberi amaran jika keputusan berkenaan tidak dibatalkan, China pasti akan bertindak balas.



— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button