Itu tidak benar – Raghad Kurdi Taib

Oleh – Syeikh Baran


Itu tidak benar – Raghad Kurdi Taib
Status yang dikongsi di laman InstaStory Raghad hari ini.

Toh Puan Raghad Kurdi Taib menafikan laporan bahawa polis sedang menyiasat dakwaan bekas Yang di-Pertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital atas nasihat doktor.

Menerusi satu perkongsian di laman InstaStory, isteri kepada Abdul Taib itu berkata, laporan itu adalah palsu sambil berkongsi gambar tentang perkara berkenaan.

“That’s not true (Ini tidak benar),”tulisnya.



Pada masa Raghad turut berkongsi satu laporan yang dikatakan dikeluarkan oleh doktor tersebut.

“This is the proof (Ini adalah buktinya),”katanya.

Terdahulu, tular satu laporan polis yang mendakwa Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching Sabtu lalu oleh ahli keluarganya.

Menurut laporan media tempatan, laporan polis yang didakwa dibuat oleh seorang doktor hospital swasta itu tular di media sosial hari ini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button