Pemandu bas Seoul mogok tuntut bayaran gaji lebih baik

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu bas Seoul mogok tuntut bayaran gaji lebih baik
Seorang pemandu bas melihat bas yang diletakkan di depoh, ketika pemandu bas melancarkan mogok, di Seoul, Korea Selatan. – Foto REUTERS

 Pemandu bas di ibu kota Korea Selatan, Seoul hari ini melancarkan mogok selepas usaha terakhir untuk berunding kenaikan gaji gagal, menyebabkan perjalanan berulang-alik ke bandar yang mempunyai lebih 9 juta penduduk dalam bandar dan satu juta lagi di pinggiran kota itu terganggu.

Kerajaan Metropolitan Seoul berkata, kereta api bawah tanah itu akan beroperasi dengan kereta api tambahan dalam perkhidmatan kerana gangguan perkhidmatan bas semasa waktu puncak.



Sebanyak 25 daerah di bandar ini juga akan menyediakan 480 bas ulang-alik untuk membawa penumpang ke stesen kereta api bawah tanah.

Mogok berskala penuh oleh pemandu bas di bandar ini adalah yang pertama dalam tempoh 12 tahun yang berlangsung selama kira-kira 20 minit.

Oh Jeong-hui, 25 dari Seoul, berkata dia meninggalkan rumah lebih awal selepas mendengar tentang mogok itu.

“Biasanya perjalanan saya akan mengambil masa 15 minit dengan bas tetapi saya menaiki kereta api bawah tanah dan terpaksa bertukar tren yang mengambil masa kira-kira 30 minit,” katanya.



Yonhap melaporkan rundingan antara Kesatuan Buruh Bas Seoul, yang mewakili pemandu yang berkhidmat untuk lebih 97 peratus operasi bas, dan majikan mereka gagal selepas tuntutan kesatuan pekerja untuk kenaikan 12.7 peratus dalam gaji setiap jam ditolak sebagai berlebihan.

“Kami akan berusaha sepenuhnya untuk mencapai persetujuan antara kesatuan dan pengurusan tidak lama lagi,” kata Yoon Jong-jang, ketua Biro Perancangan Pengangkutan di Kerajaan Metropolitan Seoul, dalam satu kenyataan.

Bas di Seoul dikendalikan pada sistem separa awam di mana syarikat swasta menguruskan bas sementara ia disubsidi dan dikawal oleh kerajaan bandar Seoul untuk memastikan kebolehcapaian perkhidmatan.

Datuk Bandar Seoul, Oh Se-hoon merayu untuk kompromi segera.



“Bas bandar adalah pengangkutan utama rakyat; mata pencarian dan kehidupan seharian mereka bergantung sepenuhnya kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, doktor pelatih Korea Selatan juga mengadakan mogok yang berterusan menyebabkan beribu-ribu doktor pelatih berhenti kerja sebagai protes terhadap rancangan kerajaan untuk meningkatkan kemasukan ke sekolah perubatan.

Pengkritik berkata, pihak berkuasa harus fokus untuk memperbaiki keadaan kerja doktor pelatih manakala kerajaan berkata rancangan itu penting untuk memperbaiki kekurangan doktor dalam salah satu masyarakat paling cepat mencapai usia tua di dunia. – REUTERS

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button