UMPAMA ‘NAGASAKI DAN HIROSHIMA’ SEWAKTU KENA BOM

UMPAMA LETUSAN ATOM

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/08/VID-20200805-WA0008.mp4[/KGVID]

 

 

Dua letupan besar menggegarkan Beirut pada Selasa (4 Ogos), menyebabkan puluhan orang terbunuh dan cedera, serta menggoncangkan bangunan dan menyebabkan kepulan asap tebal menyelubungi ruang udara Beirut.



Rakaman video letupan kedua menunjukkan bebola api gergasi berwarna jingga yang menyelubungi bangunan-bangunan berdekatan dan mencetuskan kesan gelombang kejut seakan-akan puting beliung menyebabkan kemusnahan di kawasan bandar itu.

Angkah korban telah meningkat kepada 78 dan hampir 4,000 cedera, menurut menteri kesihatan Lubnan Hamad Hasan kepada Reuters.

Ratusan orang yang cedera dalam letupan di pelabuhan Beirut itu dibawa ke hospital namun ramai penduduk masih terperangkap di dalarm rumah yang musnah akibat letupan itu, kata ketua Pasukan Palang Merah Lubnan.



Stesen penyiar Lebanon LBCI menukil Hospital Hotel Dieu di Beirut sebagai menyatakan bahawa ia sedang merawat lebih daripada 500 orang yang mengalami kecederaan dan tidak berupaya menerima lebih ramai pesakit. Puluhan orang memerlukan pembedahan, menurut hospital itu sambil merayu bagi pendermaan darah.

Ketua keselamatan dalam negeri Lubnan Abbas Ibrahim kemudian berkata satu letupan besar di kawasan pelabuhan Beirut berlaku dalam satu bahagian yang menyimpan bahan-bahan mudah meletup, dan bukan bahan letupan seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh agensi berita negara rasmi NNA.

Letupan besar yang berlaku di kawasan pelabuhan Beirut dapat dirasakan di sebahagian besar bandar itu dan beberapa daerah terputus bekalan elektrik.



Presiden Lubnan Michel Aoun berkata keadaan darurat harus diisytiharkan di Beirut selama dua minggu dan mengadakan satu mesyuarat kabinet tergempar pada Rabu (5 Ogos).

Encik Aoun dalam kenyataan yang diterbitkan di akaun rasmi Twitter pejabat Presiden menyifatkan 2,750 tan bahan ammonium nitrat yang disimpan dalam sebuah gudang selama enam tahun tanpa langkah keselamatan sebagai perkara yang “tidak boleh diterima” dan berikrar bahawa mereka yang bertanggungjawab akan menghadapi “hukuman paling tegas”.

Perdana Menteri Lubnan Hassan Diab mengisytiharkan hari berkabung pada Rabu (5 Ogos) dan berkata mereka yang bertanggungjawab akan menanggung padah.



Sumber – LETUPAN DI LUBNAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button