PAS MAIN POLITIK ‘PENING’?

SERTAI PERIKATAN NASIONAL, PAS TINGGALKAN UMNO?

 

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional yang menggabungkan BN, PAS, GPS, GBS dan PPBM bersama serpihan PKR bagi membentuk kerajaan selepas kejatuhan Pakatan Harapan. Perkara tersebut telah diumumkan oleh SETIAUSAHA AGUNG PAS Takiyuddin Hassan.



Kejutan yang dibuat PAS membingungkan banyak pihak terutama penyokong Muafakat Nasional. Kebanyakan masih tertanya rasional perkara yang dilakukan PAS ketika BN masih lagi bersetuju menyokong Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang memerintah. Dalam masa sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menyampaikan hasrat mereka menyertai Muafakat Nasional yang diasaskan Umno dan Pas.

Presiden Umno, Dato Seri AHMAD ZAHID HAMIDI bagaimanapun enggan mencampuri urusan PAS kerana menghormati keputusan yang dibuat parti tersebut.

“Kita tidak mencampuri urusan hal ehwal parti lain (Pas) biarpun mereka bersama-sama dalam Muafakat Nasional (MN).



“Kita telah mengambil keputusan muktamad bahawa parti tidak akan menyertai PN sebagai komponen kepada PN”.

Sudah pasti penyertaan PAS dalam Perikatan Nasional menimbulkan persoalan mengenai hala tuju sebenar parti itu selepas beberapa wakil rakyat mereka kini berada dalam keadaan selesa dan memegang tampuk di dalam kabinet. Adakah mereka (PAS) sudah mulai dilanda sindrom ‘Kerusi Empuk’ atau sememangnya mempunyai hajat yang jauh lebih besar dari terus bersama Muafakat Nasonal?

Ada desas desus mengatakan keputusan yang dibuat PAS ada kaitan dengan Royalti Minyak yang dijanjikan namun sejauh mana sahih khabar ini tidak dapat dipastikan. Malah ada juga khabar mengatakan PAS sendiri kini ada 2 kem dimana satu pihak masih menyokong Muafakat Nasional manakala satu lagi pihak memberi tekanan kepada Presiden PAS agar bersama Perikatan Nasional. Hanya pihak PAS boleh menjawap samada benar atau tidak khabar tersebut bagi menjelaskan rasional tindakan PAS.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button