Lelaki peluk, raba pekerja rawatan kecantikan diburu

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki peluk, raba pekerja rawatan kecantikan diburu
LELAKI yang diburu kerana disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di hadapan sebuah premis rawatan kecantikan di Hutan Melintang, Bagan Datuk bulan lalu. – Foto IHSAN PDRM

Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di hadapan sebuah premis rawatan kecantikan di Hutan Melintang, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian pada 1.30 petang, 13 Januari lalu itu membabitkan mangsa warga tempatan berusia 22 tahun.



Katanya, mangsa yang merupakan pekerja di premis berkenaan mendakwa telah dipeluk dan diraba dari belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali.

“Kejadian berlaku ketika mangsa sedang membuka pintu premis. Suspek telah meramas dada dan punggung mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri.

“Hasil siasatan polis di lokasi kejadian berjaya mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatan dan wajah suspek,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha dijalankan bagi mengesan suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek terbabit diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Shahzawani di talian 05-6299222,” katanya.
 
Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading