Piala FA: Hong Wan tak sangka cipta gol di final

Piala FA: Hong Wan tak sangka cipta gol di final

Piala FA: Hong Wan tak sangka cipta gol di final
HONG WAN dinobatkan sebagai pemain terbaik final Piala FA selepas meledak gol pembukaan JDT.

PEMAIN tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Shio Hong Wan tidak menyangka gol pertama dalam kariernya hadir di pentas akhir Piala FA 2023 yang menjadi gol penting pasukan ketika menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-0 malam kelmarin.

Hong Wan sendiri tidak dapat menghuraikan bagaimana dia terdetik melakukan rembatan itu yang menjadi jaringan memukau itu setelah bola itu menerjah penjuru kanan gawang KL City.

“Ia datang secara tiba-tiba, saya tidak merancang untuk melakukannya. Sebaik menerima hantaran daripada Afiq Fazail, saya terus melepaskan rembatan.



“Kebiasaannya apabila berada di posisi itu, saya tidak akan mengambil peluang tersebut sebaliknya akan mencari pemain penyerang atau rakan lain yang berada di posisi lebih baik untuk membuat larian.

“Saya jarang sekali melakukan percubaan tepat ke arah gol, siapa sangka tindakan itu berjaya menghasilkan gol penting yang diburu pasukan setelah permainan hampir memasuki minit ke-70,” katanya yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?




Hong Wan berkata, dia berpendapat penjaga gawang JDT, Ahmad Syihan Hazmi lebih layak bergelar pemain terbaik setelah menafikan percubaan The City Boys pada babak pertama sekali gus menghidupkan peluang pasukan untuk pertahankan kejuaraan Piala FA.

“Ia merupakan satu perlawanan yang sukar, KL City merupakan pasukan yang hebat dan memaksa kami berkerja keras, mereka mempunyai beberapa peluang dan Syihan berjaya menyelamatkan pasukan ketika itu

“Saya rasa Syihan lebih layak dapat pemain terbaik, jika tidak kerana dia, mungkin kami sudah ketinggalan pada babak pertama. Apapun saya bersyukur dapat meledak gol pertama dan membantu pasukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hong Wan turut melahirkan rasa syukur kepada Esteban Solari yang membentuknya menjadi pemain yang lebih baik setelah menjadi pengendali kelab itu.



“Solari banyak membantu dan meletakkan kepercayaan kepada saya, dia juga beri penekanan untuk tingkatkan permainan saya yang saya rasakan menunjukkan peningkatan di bawah bimbingannya pada musim ini.

“Tunjuk ajar yang diberikan beri saya keyakinan untuk terus beraksi secara konsisten, saya rasa bertuah kerana mempunyai pengurus sepertinya yang percaya pada bakat saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Piala FA: Hong Wan tak sangka cipta gol di final


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button