5 Tawaran BN Dalam PRN 6 Negeri

BN Senaraikan 108 Calun Dalam PRN 6 Negeri

5 Tawaran BN Dalam PRN 6 Negeri

Barisan Nasional (BN) sah bertanding 108 daripada 245 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri pada 12 Ogos ini.

Dari 108 orang yang akan bertanding, 63 peratus adalah muka baharu dan cuma 18 peratus sahaja di kalangan penyandang.

Manakala 20 peratus lagi terdiri daripada mereka yang pernah bertanding, tetapi mahu menawarkan diri mereka semula.



BN juga menampilkan nama-nama besar bagi memenangi dan mempertahankan kerusi DUN pada PRN di 6 negeri.

Antaranya bekas MP Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican di DUN Bertam, MP Rantau, DSU Mohamad Hassan di DUN Rantau, MP Jelebu, Jalaluddin Alias di DUN Pertang.

BN juga menyenaraikan 2 bekas MB Terengganu, Ahmad Said di DUN Kijal dan Ahmad Razif Abdul Rahman di DUN Seberang Takir.

87 peratus calon BN memiliki kelayakan akademik di peringkat pengajian tinggi.



Parti komponen BN, MCA dan MIC tidak menghantar sebarang calun pada PRN di 6 negeri kali ini.

Namun MCA dan MIC berjanji untuk sama-sama turun padang bagi membantu calun BN yang akan bertanding.

PRN 2023 membabitkan 36 DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

BN menggariskan 5 tekad dalam perjuangan pada PRN kali ini.



Antaranya mewujudkan pentadbiran di peringkat negeri:

  1. Mengutamakan kestabilan, bukannya yang suka membawa kepada perpecahan
  2. Membentuk kerajaan negeri yang dapat menjamin kesejahteraan bukannya membiarkan rakyat hidup dalam kesempitan dan kesusahan
  3. Memupuk kerukunan dan memiliki nilai hormat sesama insan bukannya penuh dengan keceluparan dan caci makian
  4. Menjamin pertumbuhan bukannya menjadikan Tuhan sebagai alasan atas kemunduran
  5. Mempunyai keserasian, kesalingan serta persamaan dengan kerajaan

Berikut adalah senarai penuh calun BN yang akan bertanding di PRN 6 negeri.

 

5 Tawaran BN Dalam PRN 6 Negeri

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading