Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup Meninggal Dunia

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup Meninggal Dunia

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup Meninggal Dunia

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub meninggal dunia pada usia 61 tahun, malam tadi.

Allahyarham Salahuddin telah dikejarkan ke hospital di Alor Setar pada Jumaat dan doktor mengesan beliau mengalami pendarahan otak.

Allahyarham telah menjalani pembedahan kecemasan dan sejak itu diletakkan bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU).



Anak kepada Allahyarham Timbalan Presiden Amanah itu, Fatihah Salahuddin telah mengesahkan berita pemergian bapanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup Meninggal Dunia

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” jelas beliau.

Salahuddin meninggalkan seorang balu Fatimah Taha dan enam orang cahaya mata.



Setiausaha akhbar Allahyarham, Syakirin Husnal memberitahu jenazah allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat, Tanjung Piai di Johor.

“Pihak keluarga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini”.

“Keluarga Allahyarham juga berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah”.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” katanya dalam satu kenyataan.



Salam takziah penulis ucapkan ke atas keluarga Allahyarham Salahuddin Ayub.
Muga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham Salahuddin bersama roh orang yang salleh.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup Meninggal Dunia


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading