Bila Al Fadhil Mahathir Sudah Sepentas Dengan PAS, Sanusi Boleh Ucap Hai Hai Bye Bye Pada Kerusi MB

Bila Al Fadhil Mahathir Sudah Sepentas Dengan PAS, Sanusi Boleh Ucap Hai Hai Bye Bye Pada Kerusi MB

Bila Al Fadhil Mahathir Sudah Sepentas Dengan PAS, Sanusi Boleh Ucap Hai Hai Bye Bye Pada Kerusi MB

Ramai yang terkejut bila melihat Al Fadhil Mahathir berada sepentas dengan Hadi Awang dan Muhyiddin di Kelantan.

Bagi penulis, tidak ada apa yang harus dihairankan.

Biasalah desperado seperti Dr Mahathir, beliau akan lakukan apa sahaja yang beliau fikir mampu untuk membuatkan dirinya dilihat masih relevan.



Penulis faham, 2 perkara yang benar-benar membuat Dr Mahathir terdesak.

Pertama untuk melepaskan diri beliau, keluarga beliau dan juga kroni beliau dari didakwa di mahkamah.

Untuk itu, beliau terpaksa membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan yang memerintah sekarang ditolak rakyat.

Apabila itu berlaku, maka langkah seterusnya adalah untuk memujuk ahli parlimen di blok kerajaan supaya berpaling tadah.



Sekiranya berjaya, maka usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri akan dibentangkan di parlimen dengan alasan keputusan PRN tidak memihak kepada Kerajaan Perpaduan.

Maka Dr Mahathir akan meletakkan calon perdana menteri yang beliau, Muhyiddin dan Hadi Awang yakin dapat membantu mereka.

Kerajaan Perpaduan akan dijadikan kerajaan boneka mereka dengan diterajui oleh perdana menteri boneka.

Sudah berlaku semasa Kerajaan Keluarga Malaysia dan itulah yang ingin diulangi.



Kedua, Dr Mahathir terdesak untuk meninggalkan legasi.

Orangnya tidak lain dan tidak bukan adalah anak beliau, Mukhriz Mahathir.

Walau pun Mukhriz sudah 2 kali disingkirkan dari kerusi Menteri Besar Kedah, bagi Dr Mahathir itu bukan masalah.



Sebab yang kedua inilah, boleh kita anggap, Sanusi sudah boleh mula mengosongkan pejabat Menteri Besar Kedah.

Bawa semua barangan peribadi ke rumah, kalau tidak muat, simpan di rumah abang Budin.

Bila Dr Mahathir sudah sepentas dengan Hadi Awang dan Muhyiddin Yasin, tak kan Sanusi tidak faham lagi.

 



Bila Al Fadhil Mahathir Sudah Sepentas Dengan PAS, Sanusi Boleh Ucap Hai Hai Bye Bye Pada Kerusi MB

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading