SABAHAN MEMILIH BN-UNTUK APA MEMILIH WARISAN JIKA SABAH UNTUK SHAFIE, BUKAN UNTUK RAKYAT

Memilih Shafie Afdal adalah satu kesilapan yang besar bagi rakyat Sabah, Kesilapan ini rakyat Sabah akan menanggungnya sehingga pilihanraya akan datang. Kesilapan yang akan menjadikan kadar kemiskinan meningkat, Kesilapan yang akan menjadikan rakyat Sabah terus menderita sepanjang hayat.

Bagi penyokong fanatiknya,  kenyataan ini akan disangkal sehebatnya, mungkin diantara penyokong mereka ini adalah dikalangan mereka yang mempunyai kepentingan. Tetapi bagaimana dengan nasib rakyat dibawah yang hanya mengharapkan agenda kerajaan dalam negeri Sabah untuk mereka kecapi.



Selama 2 tahun 2 bulan atau 26 bulan, pelbagai janji yang dilontarkan untuk rakyat  Sabah, namun selepas berkuasa, Semporna hanya dimajukan malah dipendalaman yang lain dibiarkan menderita. Masih lagi pengundi Sabah mahu memilih Warisan sebagai sebuah parti yang diamanahkan menjaga rakyat?

Mungkin sebilangan rakyat Sabah masih kelam dan kabur dalam hal ini, Seharusnya mereka mengkaji apakah penyebabnya mereka diperlakukan oleh tampuk pemerintahan Warisan. Bukan sekadar menyokong membuta tuli. Pernah atau tidak rakyat Sabah terfikir bahawa Sabah bukan untuk rakyat Sabah, tetapi untuk Shafie dan anak beranaknya.

Bantuan untuk rakyat, jauh sekali untuk dikecapi. Apa tah lagi untuk pemimpin warisan turun menjengah kesusahan rakyat. Rata rata  temubual yang dibuat mengatakan tiada seorang pun pemimpin Warisan yang datang menjenguk mereka setelah undi  dari mereka diperolehi.

Malah apa yang rakyat Sabah terima ialah pengumuman  mengatakan rakyat jangan bergantung harap bantuan kerajaan. Jadi untuk apa rakyat Sabah mengundi mereka lagi? Adakah dengan memberikan undi kepada mereka  pada kali ini akan mengubah apa yang telah mereka lakukan? Jawapannya sudah pasti tidak.



Jadi untuk apa rakyat Sabah mengundi  Warisan? Jika barisan penjawatannya semuanya dikalangan anak beranak Shafie di semporna dan bukan dari kepelbagaian kaum yang hidup di Sabah. Jadi tidak hairanlah jika kawasan pendalaman masih mundur dan ketinggalan dalam kepelbagaian aspek pembangunan insan, infrastruktur dan sebagainya.

Mungkin agak mengejutkan bila mana tersiarnya barisan penjawat jawatan yang penting dalam negeri sabah ini diisi oleh anak beranak Shafie Afdal. Jadi tidak hairanlah kenapa rakyat Sabah tidak dapat apa pun bantuan atau pembangunan yang mereka impikan.

Mendapat input dari page “Tentera Troll Sabah” yang telah membongkar  maklumat ini, Masa terus terang  bahawa rakyat Sabah telah ditipu oleh Syafie secara terangan.



Ekonomi jangan cakap la, semuanya hancur lebur bagaikan debu, mana tidaknya lantikan yang dibuat bukan dari orang yang mempunyai bidang tersebut, akan tetapi lantikan anak beranak.

Untuk mengelirukan rakyat Sabah dan untuk mengekalkan kuasa Shafie, penggunaan lambang Warisan  telah dipersetujui bersama digunakan oleh DAP, Jadi mana maruah rakyat Sabah dan penyokong Warisan, begitu mudah mereka dipermainkan oleh Shafie? Rakyat Sabah jangan lupa bagaimana rakusnya DAP bila berkuasa.



Justeru itu, pada saat akhir ini, rakyat Sabah mesti menolak Warisan sebagai wadah dari rakyat demi memastikan kehidupan rakyat Sabah keseluruhannya terjamin dan bukan sebagaimana selepas PRU14. Rakyat Sabah harus memilih Barisan Nasional sebagai penganti Warisan.

Jangan silap membuat percaturan memilih kepimpinan hanya kerana hasutan emosi, tetapi  lakukan pemilihan berdasarkan apa yang akan anda kecapi dan bukan apakah yang anda deritai setelah melakukan kesilapan memilih.

Barisan Nasional pilihan terbaik untuk Rakyat Sabah.



Kredit maklumat dari Tentera Troll Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button