Bilik pencawang Midvalley Megamall Terbakar

Kuala Lumpur: Bilik pencawang di pusat beli-belah terkemuka di ibu negara terbakar, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila api marak dari bilik pencawang di bangunan terbabit.

Kebakaran itu dapat dilihat oleh pengguna jalan raya yang melalui Lebuhraya Persekutuan berhampiran pusat membeli-belah terbabit.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur sedang giat memadam kebakaran di premis terbabit.

Setakat ini, ratusan individu diarah keluar dari bangunan pusat beli-belah berkenaan bagi kerja-kerja pemadaman.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker