Angin ribut dan puting beliung landa selatan AS

Angin ribut dan puting beliung landa selatan AS

Angin ribut dan puting beliung landa selatan AS

TEXAS: Ribut kuat mencetuskan puting beliung di selatan Amerika Syarikat (AS) dan membawa salji tebal serta cuaca ekstrem lain merentasi negara ini dan sebahagian Kanada.

Angin ribut dilaporkan mencederakan tujuh orang di Texas dan merosakkan bangunan.



Menurut FlightAware.com, kira-kira 9,000 penerbangan terpaksa ditangguhkan pada hari Isnin dan Selasa ketika ribut melanda seluruh negara.

Cuaca buruk juga menyebabkan jalan raya di beberapa negeri di barat terpaksa ditutup akibat salji tebal mencecah 60 sentimeter.

“Ribut ini boleh menjejaskan penduduk di hampir setiap negeri di AS yang bersebelahan.

“Ia adalah sistem ribut yang cukup kuat dan lebih besar daripada ribut musim sejuk jadi orang ramai harus berada di rumah pada siang hari jika mereka tinggal di utara,” kata Ahli Meteorologi, Rich Otto.



Cuaca terburuk bermula pada malam Isnin lalu dan dijangka berterusan hingga hari ini di tengah dan utara wilayah AS yang merangkumi timur Montana, Wyoming, South Dakota dan Nebraska.

Negeri-negeri ini dijangka mengalami angin kencang melebihi 64 kilometer sejam dan salji tebal.

Puting beliung melanda Wayne, Oklahoma semalam, menyebabkan sebuah rumah musnah tetapi tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan Mississippi bakal menghadapi kemungkinan ribut petir, hujan batu dan banjir kilat.-AGENSI



Kerah kudrat cuci lumpur tebal sejak kelmarin

Angin ribut dan puting beliung landa selatan AS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading