PEMIMPIN UTAMAKAN GOLF DARI COVID19?

PEMAIN GOLF ‘KEBAL’ DARI COVID19?

Slogan kepimpinan melalui teladan kini sekadar retorik sahaja bagi rakyat. Mereka dikenakan pelbagai syarat ketat dalam urusan harian kerana kerajaan mahu mengekang penularan covid19.

Tetapi apa sudah jadi dengan pemimpin negara? Dua hari berturut pada 1 dan 2 Oktober 2020, pertandingan golf amal di sebuah pusat peranginan telah diadakan. Mengikut ‘Banner’ yang dipamerkan pertandingan golf tersebut  dinamakan sebagai TSMGC (Tan Sri Muhyiddin Charity Golf).

Adakah pertandingan sebegini perlu dalam keadaan laporan harian covid19 meningkat? Saban hari Menteri Kanan dan Pengarah KKM melaporkan kes jangkitan covid19 bertambah dan rakyat dikenakan pelbagai arahan manakala pemimpin pula bebas melakukan pertandingan atas nama AMAL?

Mampukah penganjur memberi jaminan semua pemain golf yang mengambil bahagian bebas jangkitan covid19 ketika bermain golf amal tersebut? Mengapa ada ‘DOUBLE STANDARD’ dalam meletakkan arahan Kementerian Kesihatan antara RAKYAT dan PEMIMPIN?

Rakyat memerhati semua ini dan semakin musykil dengan arahan serta tindakan berbeza untuk golongan marhein dan pemimpin?

Leave a Reply