Maybank Islamic, Synxsoft jalin kerjasama

Maybank Islamic, Synxsoft jalin kerjasama

Maybank Islamic, Synxsoft jalin kerjasama
KETUA Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican SHAHRIL BADRI SAALI

MAYBANK Islamic Berhad menjalin kerjasama dengan Synxsoft Sdn Bhd, syarikat pembangunan perisian digital bagi membolehkan pelanggan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) mengakses dan memperoleh sijil halal untuk perniagaan mereka secara digital dengan lancar.

Perkhidmatan ini tersedia bagi pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor dan akan diperluaskan di seluruh negara pada Januari 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, inisiatif itu dapat menjadikan proses pensijilan halal dan pengurusan dokumen pelanggan PMKS menjadi lebih lancar melalui penyelesaian digital yang dipercayai dan efisien.



Katanya, platform ini bertujuan untuk mengubah persepsi bahawa pensijilan halal adalah mahal, memakan masa dan rumit.

“Melalui kerjasama dengan Synxsoft, Maybank Islamic menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pelanggan PMKS Kumpulan Maybank yang diiktiraf halal oleh Jakim di Malaysia serta menyokong usaha untuk menaik taraf, merangsang pertumbuhan dan meningkatkan daya tahan perniagaan mereka.

“Inisiatif halal ini adalah hasil daripada pelbagai sesi pertemuan yang dijalankan bersama pelanggan yang menghadapi pelbagai cabaran dalam proses mendapatkan pensijilan halal,” katanya dalam kenyataan.

Setakat Julai 2023, Kumpulan Maybank mempunyai sebanyak 3,897 pelanggan yang diiktiraf Halal dengan fasiliti perbankan berjumlah RM3.3 bilion.



Bank berhasrat untuk meningkatkan jumlah syarikat yang diiktiraf Halal kepada 4,200 menjelang akhir tahun depan.

Maybank Islamic, Synxsoft jalin kerjasama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading