BEKAS ISTERI LUAH SYUKUR BERCERAI DENGAN AMMAR: “DIA SELALU TUDUH SAYA…”

“Sebenarnya saya tak mahu komen. Saya cuma bersyukur kerana saya sudah bercerai. Dia (Ammar) selalu menuduh saya apa sahaja. Saya sebenarnya sudah tidak mahu melayaninya lagi.

Lagipun saya tidak ada apa-apa hubungan dengannya lagi,” kata bekas isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam yang bersyukur kerana dia dan pelakon ‘Paskal’ itu sudah selamat bercerai secara tebus talak kelmarin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur setelah hampir setahun kemelut rumah tangga diperkatakan.

Menerusi laman Instagram, Ammar mendakwa Nelissa telah melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap ibu bapanya. Ketika ditanya berhubung perkara tersebut, Nelissa tidak mahu memberi sebarang komen tentang tuduhan yang diberikan bekas suaminya kerana menganggap mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan lagi.

Ujar Nelissa, 31, biarpun mental, emosi dan fizikalnya terkesan disebabkan apa yang dilaluinya selama ini, dia bersyukur dengan perpisahan itu.



Klik untuk gambar besar

“Walaupun mental, emosi dan fizikal dalam keadaan keletihan selepas apa yang saya lalui, Alhamdulillah akhirnya saya sah bercerai. Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang memutuskan saya perlu membayar sejumlah wang kepada bekas suami agar permohonan cerai dibenarkan. Sejumlah wang tersebut berdasarkan beberapa peraturan atau undang-undang,” tulisnya di Instastory.

Pada Rabu Ammar atau nama penuhnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 33, telebih dahulu mengumumkan mengenai berita penceraian mereka di Instagram. Menurut Ammar, bekas isterinya diperintah membayar RM7,000 kepadanya sebagai tebus talak.



Cerai tebus talak atau perceraian khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat ganti rugi (bayaran) kepada suami yang ditetapkan mahkamah selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Terdahulu, Nelissa telah membuat tuntutan cerai sejak Januari di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur lalu namun telah ditolak Ammar pada Julai.

Untuk makluman, Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Bagaimanapun, perkahwinan mereka mulai bergolak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.



Hasil perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dinamakan Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak, Instagram Neliss Nezam & Ammar Alfian

KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)



KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button