Kukuhkan Solidariti, UMNO Dan Parti Sahabat Bakal Lebih Kuat

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Setiausaha Agung Bersama Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata dengan izin Allah UMNO dan parti-parti sahabat bakal muncul dengan lebih padu dan kuat selepas ini.

Ciapnya di Twitter, semua pihak yang berada di dalam Muafakat Nasional berusaha tanpa putus ada untuk mengukuhkan solidariti.

“Dengan izin Allah, UMNO dan parti-parti sahabat bakal muncul lebih padu lebih kuat selepas ini. Kita berusaha siang dan malam tanpa putus asa kukuhkan solidariti.

“Sikap matang para pimpinan mengkagumkan. Allah pelihara UMNO. Amiin,” ujarnya.



Di dalam Twitnya juga, Annuar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut mengharapkan beberapa perkara yang menjadi tumpuan di dalam mesyuarat Muafakat Nasional dan juga ketika mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi kelak.

Antara cadangan yang diutarakan Menteri Wilayah Persekutuan itu adalah bagaimana 22,000 cawangan UMNO dapat digembleng untuk menggerakkan ‘community empowerment’ memerangi COVID19.

Begitu juga katanya mengenai isu-isu kritikal ekonomi terutama yang menyentuh kebajikan rakyat dan juga persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Annuar berkata penyertaan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional dijangka dibincangkan pada mesyuarat Muafakat Nasional malam ini.



Menurutnya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan operasi sanitasi awam di Presint 4, di Putrajaya hari ini, mesyuarat tersebut akan dihadiri Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tambah Annuar, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu selalu bertemu dan mengadakan perbincangan berkaitan kerjasama politik dalam Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod juga, beberapa hari sebelum ini Ahmad Zahid mengadakan pertemuan bersama Abdul Hadi dalam agenda memperkasakan Muafakat Nasional, yang turut disertai Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. – UMNO ONLINE

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU



UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button