Ketua Wanita Teluk Intan ditumbuk, Amanah serah kepada polis

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menyerahkan kes jenayah melibatkan ahli parti itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Menurut Setiausaha Agungnya, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli, parti itu yakin polis akan menjalankan siasatan dengan adil.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli parti supaya menghormati dan bertindak mengikut lunas undang-undang negara serta perlembagaan parti dalam semua urusan kepartian,

“Kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan yakin siasatan yang adil akan dilakukan.

“Semua ahli Amanah dinasihatkan supaya menghormati dan bertindak mengikut lunas undang-undang negara dan perlembagaan parti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau mengulas nsiden Ketua Wanita Teluk Intan ditumbuk sampai pengsan oleh bekas Setiausaha Politik kepada pemimpin parti itu sendiri ketika menghadiri satu mesyuarat Rabu lalu.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan kertas siasatan dibuka untuk siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Kamarudin Mat Salleh, pihaknya menerima laporan dari wanita yang berumur 32 tahun itu pada jam 11.04 malam Rabu di Balai Polis Teluk Intan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

%d bloggers like this: