Mesyuarat MKT UMNO pada Selasa ditangguh sehingga selesai PKPB

KUALA LUMPUR, 19 Okt  — Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadual berlangsung di Janda Baik, Pahang, esok (20 Okt) ditangguhkan sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Twitter malam ini, memaklumkan walaupun mesyuarat itu dibuat di Pahang yang tidak dikenakan arahan PKPB, prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai perjalanan rentas negeri memerlukan kebenaran pihak polis.

“SOP MKN mengenai perjalanan rentas negeri di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memerlukan kebenaran polis walau mesyuarat dibuat di negeri tiada PKPB.



“Kes COVID-19 yang makin tinggi juga sukarkan pertemuan 57 ahli Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) secara bersemuka,” katanya.

PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa dari 14 hingga 27 Okt ini.

— BERNAMA

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU



UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button