Kanye West disaman Adidas RM1.19 bilion

Oleh – Syeikh Baran


Kanye West disaman Adidas RM1.19 bilion
Penyanyi rap terkemuka Amerika Syarikat, Kanye West mendedahkan disaman Adidas sebanyak AS$250 juta (RM1.19 bilion).

PENYANYI rap Kanye West berdepan kemungkinan disaman syarikat jenama kasut sukan gergasi dunia, Adidas berjumlah AS$250 juta (RM1.19 bilion) selepas dia usaha samanya dengan syarikat tersebut ditamatkan.

West atau nama sebenarnya, Kanye Omari West, 47, turut menentang sekeras-kerasnya pengeluaran sneakers baharu Yeezy oleh Adidas iaitu Yeezy 350s yang disifatkannya sebagai tiruan.



Dalam satu video dimuat naik, bekas suami personaliti popular, Kim Kardashian itu mendedahkan bahawa pengeluaran kasut Yeezy baharu tidak mendapat kelulusan daripada pihaknya yang merupakan pencipta sneakers fenomena global tersebut.

“Bukan hanya mereka mengeluarkan Yeezy tiruan yang tidak diluluskan, mereka (Adidas) juga nak saman saya AS$250 juta serta tidak bayar saya untuk kasut yang dikeluarkan tertera nama saya.

Disebabkan pendedahan berani mati West itu, ramai dalam kalangan penggemar kasut atau sneakerhead mula mengugut untuk memboikot Adidas.

“Boikot Adidas. Semua pakaian dan kasut mereka (Adidas) sejak kebelakangan ini mengarut,” demikian antara komen pengguna Instagram lain.



West merupakan antara pemuzik terkaya dunia berstatus bilionair. Selain muzik, antara bisnes atau perniagaan yang membuatkan dirinya kaya raya adalah kolaborasi dengan syarikat terkemuka dunia termasuklah Nike, GAP, and Balenciaga dan Adidas.

Sejak akhir-akhir ini, pemenang 24 buah trofi Grammys itu sering dikritik disebabkan masalah kelakukan dan kelantangan dirinya mengutuk bangsa Yahudi disebabkan peperangan melibatkan Palestin.

Disebabkan kenyataan anti-semitik (anti Yahudi), Adidas mengambil keputusan menamatkan kontrak bersama penyanyi rap, Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye.

Memetik laporan BBC, Adidas memutuskan usahasama dengan Ye kerana menyifatkan ucapan yang berunsur hasutan dan anti-semitik sebagai keterlaluan.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading