SYAIFUL ZERO RINDU KENANGAN BERSAMA ARWAH BAPA: “SAYA BETUL-BETUL RINDU PELUKAN AYAH…

“Ayah saya betul-betul rindu ayah, saya betul-betul rindu pelukan ayah… Semua kenangan semasa kita kerja ikan, terik panas kita tarik bakul ikan hujung ke hujung semua tu saya tidak boleh lupakan ayah.

 

“Banyak lagi ayah saya tidak boleh lupakan bersama ayah… Saya cuma beritahu dengan ayah saya betul-betul sayangkan ayah… Yaa Allah ampunkan lah segala dosa ayah ku, tempat kan lah ayah ku dalam golongan orang-orang yang beriman AL-FATIHAH…

“Aminnn Yaa Allah…,” demikianlah coret pelawak kumpulan Zero, Syaiful menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya yang menyatakan dia tidak dapat melupakan kenangan istimewa bersama bapanya.

Syaiful sememangnya terkenal dengan sikap yang gemar mengusik dan sering membuatkan ramai orang ketawa. Namun begitu dinding emosi Syaiful akhirnya tewas apabila dia berkongsi coretan menyentuh hati mengenai perasaan rindunya terhadap arwah bapa kesayangan.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu menerusi ruangan komen, pengikutnya juga turut memberikan kata-kata semangat buat Syaiful selain turut menyedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah bapanya.

“Jika rindu perbanyakkan doa dan sedekahkan ayat-ayat Al-Quran buat arwah… InshaAllah hati lebih tenang… Al-Fatihah buat arwah ayah, moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman… Amin,” tulis @maz2785.

“Al-Fatihah… Moga arwah ayahmu tenang di sana dik. Sis pun rindukan arwah abah dan emak sis juga suami dan ankku… Al-Fatihah buat mereka…,” komen @haszue._.

Sekadar info, Zero merupakan kumpulan pelawak adik-beradik yang dianggotai oleh Syaiful, Sharif dan Atu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *