Ibu pejabat LHDN ditutup tiga hari mulai esok

KUALA LUMPUR: Ibu pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Menara Hasil Cyberjaya, akan ditutup selama tiga hari mulai esok hingga Rabu ini.

LHDN dalam kenyataannya, berkata penutupan sementara bagi kerja-kerja santasi.

Katanya, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dibuat dengan menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara).

Selain itu orang ramai juga boleh mengguna saluran HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas di laman sesawang https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *