Mustahil boleh puaskan hati semua

Pelbagai reaksi kedengaran pasca pembentangan Belanjawan 2021 kelmarin. Ramai bersyukur dan berterima kasih, namun ada juga segelintir kurang senang terutama apa yang diharapkan tidak semua dipenuhi.

Realitinya, mustahil untuk memuaskan hati semua, namun kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk pastikan Belanjawan 2021 merangkumi setiap kelompok masyarakat baik petani, pelajar sekolah, peniaga kecil dan besar, kelompok rentan, penganggur dan ramai lagi.

Perlu diingat, belanjawan kali ini dirangka dalam keadaan negara berdepan krisis pandemik yang tidak pernah dihadapi.



Justeru, penting untuk pastikan tiga matlamat utama tercapai, iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi.

Nasihat Belalang, bagi yang tersenarai, manfaatkanlah suntikan diberi sebaik mungkin, untuk mendepani impak krisis yang melanda.

Contohnya, pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jangan pula ada berjoli sakan, namun kemudian kembali ‘sesak’, pasti kerajaan juga disalahkan kerana membenarkan pengeluaran wang simpanan berkenaan.

Gambar hiasan, peniaga kecil menjual pisang goreng, cucur udang ketika tinjauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam hingga 19 November di Bayan Lepas. - Foto BERNAMA
Gambar hiasan, peniaga kecil menjual pisang goreng, cucur udang ketika tinjauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam hingga 19 November di Bayan Lepas. – Foto BERNAMA

Susah sangatkah nak ikut SOP?



Semalam, diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung mulai 9 November ini kecuali bagi tiga negeri. Ia antara tindakan lebih tegas diambil kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19.

Belalang melihat kerajaan tiada pilihan kerana sudah ‘berbuih mulut’ rasanya Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengingatkan semua agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP, namun ramai masih alpa.

Semalam juga, jumlah kes baharu COVID-19 mencatat angka harian yang tinggi. Setiap hari juga bukan sedikit individu dikenakan tindakan kerana ingkar PKP, seolah-olah hukuman dan kompaun terlalu kecil buat mereka.

Mungkinkah perlu dikuatkuasakan semula PKP supaya rakyat akur? Rasanya tidak ada yang mahukan keperitan hidup yang pernah dilalui akibat PKP berulang lagi sehingga ekonomi terjejas, pengangguran meningkat dan pendapatan rakyat terganggu.



Jadi, pilihlah sama ada mahu akur hidup dengan sedikit disiplin ketat seketika demi keselesaan sedikit masa lagi, atau berbuat sesuka hati hari ini dan akhirnya mengundang hidup susah pada kemudian hari.

Ingatlah, petugas barisan hadapan sudah penat bekerja siang dan malam sejak lapan bulan lalu. Jika mereka ‘menyerah kalah’, siapa lagi nak diharapkan untuk pikul tanggungjawab penting itu nanti?

FELDA Adalah “Lubuk Harta Karun” Yang Menjadi Rebutan Penyamun Politik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button