Anfield sedia menunggu Gunners

LONDON: Arsenal berdepan ujian berliku selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris apabila dijadual bertemu Liverpool, hujung minggu ini.

Arsenal berkunjung ke Anfield dengan misi memburu kemenangan kelapan berturut-turut dalam saingan liga di kala mereka kini semakin hampir untuk meraih gelaran pertama liga utama sejak 19 tahun lalu.

Atas kertas, perlawanan menentang Liverpool yang semakin goyah bukan sesuatu tugas yang sukar namun kelab kendalian Jurgen Kloop itu nyata ‘kebal’ di laman sendiri, memenangi sembilan daripada 13 perlawanan liga di Anfield, musim ini.



Klopp mengambil positif terhadap keputusan seri tanpa jaringan dengan Chelsea baru-baru ini selepas mereka meraih tiga kekalahan berturut-turut dalam kesemua kejohanan.

Justeru itu, Klopp menggesa anak buahnya untuk bangkit dan menunjukkan keupayaan sebenar mereka.

“Sekarang ini, mari teruskan,” katanya. “Anfield sedang menunggu kita dan kami mahu memberikan sesuatu. Kami berbaki 10 lagi perlawanan dan yang seterusnya adalah Arsenal.”

Gunners, yang belum lagi dapat memecahkan tembok kemenangan liga di Anfield sejak 2012, dijadual berdepan set perlawanan sukar pada bulan ini, antaranya bertemu Manchester City dan Chelsea.



AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading