Polis siasat kes gangguan seksual

Oleh – Syeikh Baran


Polis siasat kes gangguan seksual
GAMBAR HIASAN

Polis telah membuka satu kertas siasatan kes gangguan seksual didakwa membabitkan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Kelantan.

Laporan berhubung kes itu dibuat oleh seorang lelaki berumur 50-an di Balai Polis Kubang Kerian pada 21 Januari lalu.

Berdasarkan laporan itu, pegawai terbabit didakwa melakukan gangguan seksual terhadap kakitangan wanita di pejabat agensi berkenaan pada tahun lalu.



Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan lelaki itu yang juga saudara kepada wanita berkenaan.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button