“KALAU SAYA BERHUTANG OR HUTANG WITH ME, SILA TONJOLKAN MUKA ANDA” – ARA
“Kalau saya ada berhutang dengan sesiapa ke, or saya ada terpinjam seringgit dua ringgit ke, boleh tak DM saya terus. Sebab saya tak suka bila orang buat cerita mengarut, even kawan-kawan pun tak boleh nak percaya sekarang ni.
“If you guys have any problem, or hutang with me. Sila tonjolkan muka anda. Sebab aku tak pernah berhutang sana-sini dengan orang! So jangan dok expect, Kau boleh canang cerita aku sana sini!
“Aku paling pantang kalau orang busukkan nama aku tanpa bukti ni!” demikian kata penyanyi Ara Johari yang meminta sesiapa yang pernah memberi pinjaman wang kepadanya untuk tampil bersemuka supaya dia dapat melangsaikan hutang, jika ada.
Klik untuk gambar besar
Ini berikutan apabila ada desas desus mengatakan yang Ara gemar meminjam wang daripada ramai orang. Tampil menafikan sekeras-kerasnya mengenai tuduhan itu, Ara atau nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari mengakui berasa tertekan apabila timbul cerita mengarut seperti itu.
Dia dilihat telah memuat naik pesanan khas tersebut menerusi Instagram Story miliknya, kelmarin. Tambah penyanyi lagu ‘Paku’ itu lagi, dia tidak senang apabila namanya dicanang melakukan perkara seperti itu kerana merasakan dia sama sekali tidak pernah berhutang dengan sesiapa.
Ara turut memberi peringatan kepada individu di luar sana supaya tidak membuat cerita yang tidak benar tanpa bukti yang kukuh sehingga mencemarkan namanya di industri seni.
SELAMAT BERSALIN 2 OKTOBER LALU – ‘ARA’ NAMA ANAK KETIGA FARAH AF2