“Saya bawa 3 tekad untuk Wanita” – Datuk Norliza

Oleh – Editor


"Saya bawa 3 tekad untuk Wanita" - Datuk Norliza

Teguh, Martabat, Wanita merupakan slogan 3 tekad yang dibawa oleh Datuk Norliza Abd Rahim, calon Naib Ketua Wanita Umno Malaysia pada pemilihan Umno 2023.

Petah berkata-kata dan cukup yakin dengan setiap butiran percakapannya, Norliza menampakkan ciri-ciri yang diperlukan Wanita Umno bagi mendepani suasana politik sekarang.

Bercakap mengenai 30% calon Wanita yang sentiasa diperjuangkan Wanita Umno, Norliza menyatakan untuk mencapai maksud, Wanita perlu memperkasakan ekonomi mereka dan tidak terlalu bergantung kepada parti bagi menggerakkan kerja-kerja Wanita.

Bagi beliau, Wanita perlu perlu mencari alternatif sendiri bagi menonjolkan diri dan tidak dipandang rendah sekiranya mahu memastikan 30% calon Wanita diketengahkan pada Pilihanraya.

Norliza juga mengimpikan 3 tekad yang dibawa beliau untuk diimplementasi selepas pemilihan berakhir.

Beliau turut menafikan dakwaan JR (Jalinan Rakyat) yang dilakukan Wanita Umno semakin lemah sebaliknya beliau memberi beberapa garis panduan menangkis dakwaan tersebut.

“kita ada 300 ribu JR, adalah kerugian jika kita tidak menggunakan JR secara maksimum, sebagai parti kita (Wanita Umno) perlu mencari kaedah baru untuk kuatkan JR” – Norliza

Ikuti temubual seterunya bersama calon Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Norliza Abd Rahim bersama MyTvOnline

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker