1,326 pelajar ditawar ke Tahmidi USIM

 

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersedia menerima 1,326 pelajar baharu yang akan mula melapor diri mulai Selasa depan.

Oleh Azrin Muhammad



KUALA LUMPUR – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal menerima 1,326 pelajar baharu bagi Semester 1 Sesi Akademik 2022/2023 menerusi empat buah program Tahmidi.

 

Pengarah Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajarnya, Prof. Madya Dr. Nurkhamimi Zainuddin berkata, penawaran itu dibuat berdasarkan kelayakan dan merit pelajar yang telah memenuhi syarat melalui saluran UPUOnline.

 



“Seramai 380 pelajar akan menyertai Tahmidi Syariah dan Undang-Undang, 365 pelajar ke Tahmidi Sains Fizikal dan Teknologi, 310 pelajar ke Tahmidi Perakaunan dan Muamalat dan 280 pelajar akan ke Tahmidi Perubatan Pergigian dan Sains termasuk dua pelajar kemasukan khas.

 

“Berdasarkan data yang ditunjukkan, program Tamhidi Syariah dan Undang-Undang merupakan program yang paling mendapat sambutan bagi sesi kali ini,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

 



Terdahulu, program Tahmidi di USIM merupakan program persediaan selama dua semester dan akan membantu pelajar mempersiapkan diri ke peringkat ijazah Sarjana Muda menerusi silibus kursus yang kompetitif.

 

Ujar Khamimi, pelajar baharu perlu membuat pendaftaran diri secara dalam talian pada 4 hingga 7 Ogos, manakala pendaftaran fizikal pada 9 hingga 10 Ogos ini.

 



Tambahnya, orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh terus menghubungi pegawai yang bertugas di talian 06-7988162 atau 06-7978626.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button