Op Selat : SPRM tahan seorang pegawai Imigresen, tiga ejen, rampas empat kereta mewah

 

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Ops Selat yang mendedahkan kepincangan di pintu masuk sempadan negara, menyaksikan sehingga pegawai dari gred terendah KP19 yang bersekongkol dengan sindiket kemasukan warga asing ke dalam negara secara haram, disediakan dengan kenderaan mewah seperti Rolls Royce Phantom, Mustang, Range Rover dan Audi oleh sindiket berkenaan.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Bernama kesemua kereta itu didaftarkan atas nama dua warga China, dipercayai ejen pekerja asing China di Malaysia, dan dua ejen lelaki tempatan.



Menurutnya SPRM sedang berusaha mengesan keempat-empat mereka yang sudahpun dikenal pasti identiti itu, dan salah seorang ejen tempatan berkenaan dipercayai membantu dalam urusan menyimpan kenderaan-kenderaan mewah berkenaan.

“Setakat hari ini SPRM sudah menahan 50 orang dalam Ops Selat, yang berkaitan pemalsuan cop kemasukan bagi melintasi sempadan negara, melibatkan 28 pegawai imigresen, 17 agen pekerja asing dan lima orang awam,” katanya.

Beliau berkata selain itu wang tunai berjumlah RM800,000, 26 kereta mewah, serta empat motosikal berkuasa tinggi dirampas dalam Ops berkenaan, dan ia belum mengambil kira harta-harta lain yang terlibat seperi rumah, tanah, barang-barang kemas dan sebagainya.

Sumber itu seterusnya menjelaskan modus operandi sindiket berkenaan dalam mengatur “setting” di kaunter-kaunter Imigresen khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2, yang menurutnya turut didalangi ejen-ejen di luar negara.



Beliau berkata sindiket antarabangsa itu biasanya akan memaklumkan nama, nombor pasport dan jadual penerbangan mana-mana pelawat atau pekerja asing yang telah disenarai hitam daripada memasuki Malaysia, kepada ejen-ejen di Malaysia.

Menurutnya ejen-ejen di Malaysia pula akan berhubung dengan pegawai imigresen di KLIA dan KLIA 2 untuk mengatur (setting) kaunter yang akan membantu meloloskan pekerja asing atau pelawat asing masuk ke Malaysia menggunakan cop palsu.

“Begitu juga dengan proses keluar dari negara ini yang akan berhadapan dengan pelbagai kesulitan seperti senarai hitam, pas lawatan tamat tempoh dan pasport palsu. Hanya kaunter-kaunter tertentu di KLIA dan KLIA 2 akan digunakan oleh pekerja atau pelawat asing dengan bantuan ejen-ejen ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung sindiket ini.



Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Isnin lepas, SPRM dilaporkan menahan 46 individu termasuk 27 pegawai Jabatan Imigresen dalam serbuan serentak di empat negeri yang disyaki terlibat dengan sindiket penggunaan guna cop palsu keluar dan masuk di sempadan negara.

Ops Selat itu digerakkan SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen, yang membabitkan serbuan di Putrajaya, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuchin

343 tangkapan di Selat Melaka sepanjang Jan-Mei – KP Maritim Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button