50 KALI MINTA – FREDDIE FERNANDEZ AKUI BUKAN SENGAJA CARI MUSUH ATAU BERGADUH

Semua sedia maklum mengenai isu yang melanda penyanyi Datuk Sheila Majid yang didesak untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM). Sheila didakwa tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik hingga menyebabkan isu pengagihan royalti tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini.

Image_1.jpg

Berhubung isu tersebut, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez memberitahu bukan sengaja mencari musuh atau mahu bergaduh dengan Datuk Sheila Majid, sebaliknya hanya mahu membela nasib penyanyi dan pemuzik yang terkial-kial mencari rezeki selepas hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Jalan terbaik yang ada hanyalah menerusi bayaran daripada hasil kutipan royalti. Namun, dia kecewa apabila individu yang diberi kepercayaan gagal menjalankan amanah sebaik mungkin.



Justeru, ia mendorong Freddie mendesak Sheila meletak jawatan sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM), bagi membolehkan penyusunan semula dibuat dan royalti dapat diagihkan kepada ahli.

Image_2.jpg

“Ada RM140 juta royalti yang dikutip oleh Music Rights Malaysia (MRM) tapi malangnya MRM pula ditutup. Itu buatkan saya tertanya-tanya. Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) juga sudah ditutup dan sekarang RPM adalah badan pengutip royalti tunggal mewakili artis.

“Kenapa Sheila langsung tak ajak ahli PRISM sertai RPM dan boleh bantu kendalikan royalti. Marilah bersatu selesaikan masalah ini,” katanya dalam sidang media bagi mendesak Sheila meletak jawatan sebagai Pengerusi RPM, kelmarin.



Hadir sama, penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim, penyanyi Blues Gang, Ito Mohd dan komposer dan pemuzik, Rafi Suhu. Freddie berkata, hampir 50 kali dia meminta Sheila meletak jawatan tetapi Sheila enggan berbuat demikian.

“Saya melihat Rafi layak memikul tanggungjawab ini. Namun, saya takkan pilih pengganti Sheila dan biarkan ahli pilih ketua mereka secara demokrasi. Saya sudah ‘lawan’ isu ini sejak 20 tahun lalu dan ini kali terakhir saya berusaha menyelesaikannya. Saya menghormati Sheila sebagai penyanyi. Biarlah dia terus kekal menyanyi dan bukannya mengetuai RPM,” katanya.

Image_3.jpg

Sementara itu, Rafi atau nama sebenarnya Mohd Rafi Shafie, 51, menawarkan diri sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM) selepas ini. Rafi yang juga komposer dan pemuzik yang aktif melihat dirinya layak memikul tanggungjawab ini.



“Saya melihat perlu campur tangan kerana melihat banyak hasil kerja saya tak dapat bayaran yang setimpal dan terlalu banyak benda yang disimpan. Kita minta, tak dapat. Kita hantar e-mel, tiada jawapan. Jadi, sejak tiga hingga empat tahun kebelakangan ini, saya cuba mengatur langkah bagaimana untuk mendapatkan hak saya.

“Selepas hampir tujuh tahun, dah tentu ada keluhan daripada ahli dan di sini ahli juga berhak bertanya dan perlu ada respons,” katanya.

Menurutnya, selama beberapa tahun ini, ahli RPM seolah-olah tidak diutamakan. Sehingga 13 November lalu, RPM kini mempunyai 1,868 ahli.

Image_4.jpg



JAWATAN SHEILA MAJID SEBAGAI PENGERUSI RPM – RAFI BERUSAHA MAHU GANTI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button