Masyarakat antarabangsa kagum dengan kejayaan pendaratan Chang’e di bulan

BEIJING, 2 Dis — Prob angkasa lepas China, Chang’e-5 berjaya mendarat di bulan bagi misi mengumpul dan membawa pulang ‘batu dan tanah’ seberat dua kilogram dari bulan ke bumi untuk dianalisis, memetik laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) pada Selasa.

Sudah lebih 44 tahun sejak kali terakhir umat manusia mencapai matlamat ini, ketika itu prob Luna 24 yang dilancarkan bekas Soviet Union berjaya membawa pulang batu seberat 200 gram.

Pegawai kanan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) Dr. Thomas Zurbuchen mengucapkan tahniah kepada China atas pendaratan Chang’e-5.



“Bukan mudah untuk mencapai kejayaan itu,” kata beliau di akaun media sosialnya.

Sementara itu penyelaras sains bagi penjelajahan manusia dan robot Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) Dr James Carpenter berkata misi yang dijalankan prob Chang’e-5 amat rumit.

Usaha yang dilakukan China meninggalkan kesan mendalam kerana negara ini meningkatkan keupayaan penyelidikan dengan kaedah sains yang sistematik sejak peringkat awal misi Chang’e-5 hingga penyelidikan terkini.

Penjawat awam penentu kejayaan ‘belanjawan rakyat’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button