ADA SINUS SEJAK SETAHUN LALU – FAKHRUL UNIC SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN
Anggota kumpulan UNIC, Mohd Fakhrul Radhi menerusi laman Instagram miliknya telah memaklumkan dia selamat menjalani pembedahan sinus di sebuah pusat perubatan di Kelana Jaya, semalam. Dalam entri tersebut, Fakhrul meluahkan rasa syukur kerana operasi pembedahan berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah selamat operate td pg.. tq doc n nurses @kjmcofficial. kena bius power punya, doc baru ja dok ajar ngucap n bismillah, takdan abes ikut sedar2 dah siap. Tp mujur tak jaga.. ngeri gak bila tgk cth sinus surgery kt youtube.
“Now tgh recover balik..hidung bleeding, so doc letak packing.. sehari la rini kena survive nafas ikut mulut. Boleh lemas oo. Hopefully esok luka sembuh n boleh remove packing dlm hidung tu.. saja la nak share kt hampa, Maha suci Allah yg mencipta kita.. tgkla mcm mana rupa dlm hidung kita tu..
“Syukur bnyak2 Allah bg kita bernafas. Doakan sy k. Sapa pernah buat ni share la tips2 recover cpt k #fesssurgery #nikmatbernafas #syukur,” tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Fakhrul atau nama penuhnya Mohd Fakhrul Radhi berkata, dia mempunyai sinus teruk dan terdapat kahak dalam rongga hidung sehingga mengakibatkan hidung selalu tersumbat dan sukar bernafas.
“Saya sudah lama ada sinus, tapi sejak setahun lalu ia semakin teruk. Jadi, saya ambil keputusan untuk berjumpa doktor dan dinasihati menjalani pembedahan. Alhamdulillah, pembedahan semalam berjalan lancar.
“Saya ada tengok pembedahan sinus dijalankan di YouTube. Agak ngeri juga. Mujurlah sewatu pembedahan pesakit diberi bius dan pengsan. Sedar saja semuanya sudah siap.
“Sekarang saya dalam proses sembuh. Cuma, semalam hidung berdarah jadi doktor letakkan kain khas dalam hidung. Sejak semalam juga kena bernafas ikut mulut. Boleh lemas dibuatnya,” jelansya.
Fakhrul berharap luka segera sembuh dan kain dalam hidung atau ‘packing’ itu boleh dikeluarkan bagi membolehkan dia bernafas seperti biasa.
“Saya saja nak kongsi pada semua akan kebesaran Allah yang menciptakan kita. Syukur banyak-banyak Allah bagi kita bernafas. Doakan saya,” katanya.
Penolong jurutera mengaku tidak bersalah terima rasuah, palsu dokumen