WANITA HINA ANAK FATTAH & FAZURA SUMBING DEK ‘SOROK’ WAJAH – NETIZEN KECAM

Hebahkan !!!

Semua sedia maklum mengenai pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura yang mengambil keputusan buat masa ini masih belum mendedahkan wajah puteri mereka, Nur Fatima Aisya meskipun usia si kecil itu sudah mencecah dua bulan.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen Facebook oleh sebuah portal hiburan, seorang wanita melemparkan kata-kata hinaan terhadap anak pasangan itu seolah kurang senang dengan keputusan pasangan tersebut.

Seperti sudah dijangka, kenyataan wanita itu mengundang kecaman netizen yang kurang senang dengan penghinaan tersebut. Netizen berkata jika tiada perkara baik diperkatakan lebih baik berdiam diri.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Malah, netizen turut mengatakan bagaimana perasaan anak-anak wanita tersebut jika mengetahui ibu mereka melemparkan komen sedemikian rupa terhadap orang lain.

Dalam pada itu, ada yang mengingatkan bahawa tindakan wanita berkenaan merupakan ‘body shaming’ dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: