Armand Duplantis cipta rekod dunia lagi
Armand Duplantis cipta rekod dunia lagi

XIAMEN, China – Jaguh lompat bergalah dunia, Armand Duplantis memulakan langkah memburu pingat emas di Sukan Olimpik Paris meleburkan rekod dunia miliknya sendiri pada aksi Liga Berlian Xiamen.
Duplantis yang juga juara bertahan Olimpik dan juara dunia dua kali tidak berdepan sebarang masalah untuk memadamkan rekod yang dilakukan pada tahun lalu selepas berjaya melepasi
jarak 6.24 meter (m) pada percubaan pertamanya di Stadium Egret.
Keputusan itu sekali gus membolehkannya mengatasi rekod terdahulu 6.23m yang dilakukan di Eugene tahun lalu.
Atlet berusia 24 tahun kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu menyertai pertandingan dengan catatan 5.62m dan prestasinya mula meningkat naik selepas melakukan 5.82m dan 6.00m seterusnya mencipta rekod dunia baharu yang kelapan dalam acara berkenaan.
“Bagi saya untuk mencipta rekod dunia, saya memerlukan segala-galanya untuk berada di tempat yang betul. Saya rasa boleh melakukannya selepas berjaya melepasi percubaan
6.00m itu.
“Pada saingan tersebut, semangat dalam diri saya benar-benar membara dan saya mahu menunjukkan kepada diri saya bahawa saya boleh melakukan lebih baik daripada yang saya lakukan sebelum ini,” katanya.
Atlet Amerika Syarikat, Sam Hendricks berada di kedudukan kedua selepas hanya mampu melakukan catatan terbaik 5.82m dan ,wakil tuan rumah, Bokai Huang meraih pingat gangsa selepas melakukan 5.72m. – AGENSI
Armand Duplantis cipta rekod dunia lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Perikatan Nasional Tiba-Tiba Menjadi Terpaling Membela Najib
- Perbandingan Antara Musa Jauhi Mahathir Dengan Zahid Sokong Dakwaan Wujud Titah Adendum Langsung Tidak Berasas
- PAS Dan Gerakan Bertegas Mahu Letakkan Calon Masing-Masing Dalam PRK Kuala Kubu Baharu
-
Affidavit Zahid bikin Anwar “off guarded” dan terpaksa bersilat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :