Hasrat pemuda Gua Musang bertemu tunang tak kesampaian
Hasrat pemuda Gua Musang bertemu tunang tak kesampaian
LIPIS: Hasrat seorang pemuda dari Gua Musang, Kelantan untuk berjumpa dengan tunangnya tidak kesampaian apabila beliau terbunuh akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke Kampung Batu Balai, Jerantut.
Amad Solihin Fazuni, 21, meninggal ditempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 9, Jalan Benta-Jerantut kira-kira jam satu tengahari tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritenden Ismail Man berkata ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai pembancuh kopi dalam perjalanan dari Kota Bharu untuk pulang ke tempat kerja di Setapak, Kuala Lumpur .
Katanya, ketika dalam perjalanan itu beliau merancang hendak singgah ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai untuk makan tengahari
“Hasil siasatan awal mengenalpasti pemandu lori adalah seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang datang dari arah Jengka 6, Maran untuk ke Gua Musang dan sedang menghantar muatan tandan sawit.
“Apabila sampai di tempat kejadian melalui jalan berselekoh, motosikal mangsa bertembung dengan lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan.
“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal meninggal di tempat kejadian,” katanya.
Ismail berkata kes disiasat mengikut Akta Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.
Hasrat pemuda Gua Musang bertemu tunang tak kesampaian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Perikatan Nasional Tiba-Tiba Menjadi Terpaling Membela Najib
- Perbandingan Antara Musa Jauhi Mahathir Dengan Zahid Sokong Dakwaan Wujud Titah Adendum Langsung Tidak Berasas
- PAS Dan Gerakan Bertegas Mahu Letakkan Calon Masing-Masing Dalam PRK Kuala Kubu Baharu
-
Affidavit Zahid bikin Anwar “off guarded” dan terpaksa bersilat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Lateefa Koya – Negara sudah jadi Banana Republic ketika kamu dedah bualan pemimpin negara.
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.