2024 sasar 6 cawangan baharu

2024 sasar 6 cawangan baharu

2024 sasar 6 cawangan baharu
HARVEY Norman bukan sahaja menawarkan produk berkualiti, malah memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Kuala Lumpur: Jenama produk kelengkapan rumah terkemuka, Harvey Norman komited menawarkan barisan produk yang komprehensif bagi pasaran di negara ini, sekali gus memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, konsumer di Malaysia mempercayai jenama Harvey Norman kerana bukan ia saja membawa produk berkualiti, malah memberi perkhidmatan pelanggan terbaik.

Katanya, disebabkan itu, Harvey Norman memfokus menyediakan apa diperlukan oleh konsumer di negara ini, selain mempelbagaikan inisiatif yang memberi nilai tambah kepada pelanggan.



“Malaysia pasaran yang begitu penting untuk Harvey Norman dan kumpulan memang merancang untuk menambah lagi cawangan di seluruh Malaysia.

“Kami merancang untuk mempunyai 80 cawangan di Malaysia menjelang akhir 2028, yang mana pada tahun ini kira-kira (antara) lima ke enam cawangan baharu akan dibuka pada Jun dan Julai depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan




“Terbaharu, Harvey Norman turut membuka cawangan pertama di Pahang (Berjaya Megamall Kuantan).

“Cawangan dengan keluasan 44,532 kaki persegi dan mempunyai dua tingkat itu mendapat sambutan begitu luar biasa daripada penduduk sekitarnya,” katanya kepada Bisnes Metro.

Selain itu, Kenneth berkata, pihaknya juga akan menambah lagi cawangan di Johor, yang pada masa ini terdapat tiga rangkaian Harvey Norman di negeri itu.

Beliau berkata, walaupun kos barangan dan sara hidup meningkat, ia tidak menjejaskan kuasa membeli di Harvey Norman.



“Kami menjual produk yang menjadi keperluan setiap rumah serta menyediakan polisi pemulangan semula dan promosi menarik kepada pelanggan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah


“Kualiti dan khidmat pelanggan sangat kami titikberatkan dan produk komprehensif di Harvey Norman dijual pada harga kompetitif, itu yang menjadikan jenama kami menjadi pilihan dan dipercayai rakyat Malaysia,” katanya.



2024 sasar 6 cawangan baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lateefa Koya – Negara sudah jadi Banana Republic ketika kamu dedah bualan pemimpin negara.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading