Bersihkan Negara Dari BERSIH

Bersihkan Negara Dari BERSIH

Bersihkan Negara Dari BERSIH

 

Kritikan BERSIH bahawa prosiding semakan kehakiman oleh DS Najib mengenai kewujudan Titah Adendum YDP Agong ke-16 dijalankan secara rahsia, tidak tepat sama sekali.

Peguam bela DS Najib, Muhammad Farhan, menasihatkan pengkritik supaya menyemak undang-undang berkaitan sebelum memperlekeh pihak lain, termasuk mahkamah dalam perkara ini.



“Untuk meletakkan isu ini dalam konteks, prosiding itu semalam dijadualkan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dan bukan pendengaran substantif itu sendiri.”

“Menurut Aturan 53 Kaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, permohonan untuk kebenaran mesti dibuat secara ‘ex-parte’ (sebelah pihak) kepada hakim dalam kamar.”

“Perkataan mesti menunjukkan bahawa proses ini adalah wajib.”

“Untuk menjadi pendengaran secara kamar dengan orang ramai tidak dibenarkan untuk duduk dalam mahkamah.”



“Dan ini termasuk pemohon sendiri iaitu, DS Najib yang tidak hadir ketika itu,” jelas beliau.

Terdahulu, BERSIH menegaskan prosiding kebenaran semakan kehakiman oleh bekas Perdana Menteri itu perlu dibuat secara terbuka.

BERSIH mendakwa adalah menjadi keperluan untuk kes itu dibuat secara terbuka dan telus kepada umum.

Kerana membabitkan individu berprofil tinggi serta dana awam seperti yang diputuskan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.



BERSIH juga mempersoal tindakan pendakwaan yang tidak membuat bantahan terhadap permohonan itu.

Dan BERSIH menuntut supaya pihak penbdakwaan menjelaskan kepada orang ramai alasan munasabah berhubung tindakan mereka.

Hakim Datuk Amarjeet Singh, membenarkan permohonan peguam DS Najib, Shafee Abdullah, supaya prosiding terbuka permohonan itu ditukar ke perbicaraan secara dalam kamar.

Sangat menghairankan sikap BERSIH dalam isu ini.



Isu yang paling utama adalah adakah Titah Adendum YDP Agong itu wujud atau tidak.

Sekiranya wujud, mengapa ada pihak yang berani engkar untuk melaksanakan titah tersebut?

BERSIH sepatutnya menuntut penjelasan dari Lembaga Pengampunan dan juga Jabatan Peguam Negara dan bukannya membantah keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

Sangat jelas BERSIH sudah menjadi alat kepada pihak tertentu dan telah tersasar jauh dari matlamat penubuhannya.



Jalan terbaik adalah bersihkan Malaysia dari BERSIH.

 

Bersihkan Negara Dari BERSIH

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading