Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan

 

Pihak yang mahu supaya DS Najib terus kekal di dalam penjara kini ibarat cacing kepanasan.

Mungkin bagi mereka adalah satu kepuasan sekiranya mereka dapat memastikan DS Najib terus terkurung di dalam penjara.



Persoalan sama ada DS Najib mendapat keadilan perbicaraan dibakul sampahkan.

Sepanjang perbicaraan kes SRC, SRC 2.0, 1MDB, tidak pernah mereka mempersoalkan mengapakah penjenayah sebenar, Jho Low, tidak diheret ke mahkamah.

Dalam perbicaraan 1MDB, tidak pernah persoalkan kredibiliti Jasmine Loo sebagai saksi pendakwaan, walau pun secara jelas mendapat rasuah dari Jho Low.

Dalam kes tuntutan LHDN ke atas DS Najib pula, tidak pernah mereka persoalkan, sejak bila pula duit yang didakwa dicuri boleh dikenakan cukai.



Rasionalnya, sekiranya kes tuntutan cukai itu terus berjalan, secara automatik ianya menafikan keabsahan kes SRC, SRC 2.0 dan 1MDB.

Kini pihak DS Najib sedang menuntut supaya beliau dikeluarkan dari penjara dan diberikan tahanan rumah, selaras dengan titah adendum YDP Agong ketika memberikan pengampunan.

Apabila Timbalan Perdana Menteri I, DS Zahid, memberikan afidavit mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut, mereka mula panik.

Pelbagai pihak mereka gerakkan untuk menggagalkan usaha tersebut.



Pelbagai Pihak Di Gunakan

 

Bermula BERSIH yang tidak bersih, kini kumpulan peguam pula digerakkan untuk memberi pandangan yang jelas tidak berasas.

Malah, ianya boleh dianggap sebagai mencabar kuasa YDP Agong serta kuasa menteri kabinet.

Isu pokok mengenai kewujudan titah adendum dan mengapakah ia tidak diisytiharkan dialihkan kepada kuasa YDP Agong memberikan titah tahanan di rumah.



Peguam Goh Cia Yee mempersoalkan apakah pengampunan diraja boleh meliputi peruntukan tahanan rumah.

Goh menegaskan bahawa tahanan rumah atau penahanan di rumah pada masa ini tidak wujud dalam kerangka undang-undang negara.

Jelas ini adalah satu kebiadapan terhadap institusi YDP Agong.

Peguam Andrew Khoo pula berkata, titah YDP Agong atau Lembaga Pengampunan untuk memerintahkan tahanan rumah boleh melanggar perlembagaan.



Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim pula berkata, tiada peraturan atau perundangan subsidiari mengenai tahanan rumah.

Hassan berkata, tanpa statut atau akta yang betul, tiada siapa boleh memohon tahanan rumah.

Ini sama sekali bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang.

Kepada Hassan dan Goh, sila rujuk Seksyen 3 Akta Penjara 1995.



Bukankah akta tersebut memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengisytiharkan mana-mana bangunan sebagai penjara!!!

 

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading