Tiap kali terdesak, Mahathir  main “Racial card’

 

Oleh Adam Malik

Perkembangan terkini menampakan betapa Tun Mahathir sedang cuba merangkak masuk kedalam persada politik negara.



Walaupun ramai rakyat sudah menganggap Mahathir sebagai ‘spent bullet’  dan tiada faedah kepada rakyat terutama nya orang Melayu, namun pandangan sebegitu tidak dilihat oleh Tun Mahathir dari sudut diri nya.

Mahathir masih menganggap dirinya penting dan ‘pivot’ kepada orang Melayu dengan dibantu oleh kuncu kuncu setia nya.

Mungkin kerana kepentingan nya sangat besar lalu terpaksa terus berpolitk.

Dalam tindakan terkini Mahathir, beliau cuba memberi gambaran orang orang Melayu berada didalam sitausi tidak selamat.



Malah ada ucapan Mahathir menghasut rakyat bahawa kerajaan hari (PH2.0) lebih ramai bukan Melayu dari orang Melayu.

Selain itu beliau sempat bercakap betapa Malaysia akan jadi seperti Singapura satu hari nanti.

Mahathir  apabila bercakap dia tidak toleh kiri dan kanan dan melihat fakta.



Orang Melayu sendiri rasa terancam ketika Mahathir sanggup bersekongkol dengan DAP membuli orang Melayu melalui parti mereka UMNO.

Aset aset dan entity orang Melayu terancam ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri 22 bulan.

Mahathir juga melantik Peguam Negara bukan Melayu untuk menghukum pemimpin parti Melayu.

Ini ada lah kali pertama orang bukan melayu menjadi Peguam Negara.



Selain itu Mahathir melantik orang bukan Melayu Kembali menjadi Menteri Kewangan setelah era Tun Tan Siew Sin menjadi MoF pertama ketika Negara tiada wang.

Mahathir perlu dilihat dari sudut perbuatan dan bukan sudut ucapan dan kenyataan nya.

Ucapan dan perbuatan beliau sangat kontradik dan berlawanan.

Seperti beliau mengkritik Singapura dan mengutuk Singapura tetapi sebalik nya Mahathir yang menandatangani surat melepas Pulau Batu Puteh secepat kilat setelah gantung tugas Peguam Negara dan kabinet belum dilantik.



Dari situ sudah dapat dilihat betapa Mahathir sangat takut kepada Singapura.

Sambil itu kroni kroni Mahathir semua menyimpan wang dalam akaun  sulit di Singapura.

Orang orang seperti suami Zeti Aziz , Nor Yakob dan Nik Feisal semua buka akaun sulit di Singapura

Mahathir tidak pernah mengutuk mereka.



Kembali kepada niat Mahathir mahu perguna orang melayu sekali lagi.

Mahathir telah atur anak nya Mukhriz untuk membawa Parti pejuang menyertai Perikatan Nasional.

Kemudian Mahathir mengatur supaya Parti PUTRA menjadi GTA dan akan dibawa masuk ke Perikatan Nasional.

Maka, dengan cara ini motif Mahathir untuk Kembali kepersada kuasa mempunyai potensi besar.

Namun, adakah orang Melayu akan terpdaya lagi dengan Mahathir?

Diberi Kembali berkuasa selama 22 bulan dengan besekongkol Bersama DAP, apa yang dapat dilihat hanya penjualan aset , penambahan hutang baru dan pendakwaan terpilh berpuluh kes terhadap pemimpin Melayu UMNO.

Selain itu berbelas ribu orang Melayu dihentikan kerja didalam kerajaan PH1.0.

Turut dilakukan ada lah memaklumkan kakitangan kerajaan akan dikecil kan berperingkat setiap tahun.

Kerajaan Najib Razak mampu tanggung gaji kakitangan Melayu ini, namun kerajaan Mahathir 22 bulan tidak sanggup pula.

Sebaik sahaja Muhyddin Yassin tumbang, maka baru lah dapat dilhat kerajaan ada beratus bratus billion untuk dibelanja, maka mereka yang dibuang hanya lah sia sia sahaja.

Maka, dengan tema “Melayu” yang cuba dibawa oleh Mahathir, diharap tiada kerja persepsi dilakukan untuk membuat orang Melayu berada didalam panik.

Ini kerana mengenali Mahathir dengan permainan “1MDB” dan persepsi ‘kerajaan muflis’ pernah dimainkan oleh nya untuk mencapai tujuan politik ketika mahu memikat hati rakyat dan menjatuhkan musuh nya.

Sama ada untuk menyelamatkan diri nya atau sahabat nya yang sudah dipanggfil SPRM , itu perkara lain, yang lenting adakah orang Melayu akan terpedaya sekali lagi?

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading