Julia Farhana Padam Gambar ‘Free Hair’ [VIDEO]

Beri Bayangan Kini Berhijab Sepenuhnya?

Julia Farhana Padam Gambar ‘Free Hair’

Julia Farhana Padam Gambar 'Free Hair'
Julia Farhana Padam Gambar ‘Free Hair’

Tindakan pelakon Julia Farhana Marin memadam gambar-gambar lamanya yang tidak berhijab mendapat perhatian ramai.

Menerusi hasil pemerhatian di laman Instagram miliknya, Julia, 29, dilihat hanya meninggalkan gambar-gambar memaparkan dirinya tampil berhijab penuh.

Namun Julia tidak memadam sebuah video yang memaparkan dia tidak berhijab berikutan terikat dengan komitmen kerja dan dia belum lagi bertudung ketika rakaman itu dibuat.

“Rakaman ini dibuat sebelum saya bertudung. Saya bertanggungjawab untuk memuat naik video kolaborasi ini mengikut jadual yang telah ditetapkan,” tulis Julia di ruangan kapsyen posting berkenaan.

Menerusi ruangan komen, rata=-rata rakan selebriti dan peminat Julia melahirkan perasaan kagum di atas penghijrahan selebriti kacukan Melayu-Itali itu.

“Beautiful,” komen Elisya Sandha.

“You so cantik!” titip Natasha Ellyza.

“MasyaAllah so beautiful sayang,” coret Indah Ruhaila.

Pada 14 Disember lalu, Julia mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Dr Che Hafiz yang merupakan bekas suami penyanyi Lufya.

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Julia Farhana Padam Gambar ‘Free Hair’

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker