Yaman gesa senaraikan pemberontak Houthi dalam daftar pengganas
YAMAN, 7 Dis — Yaman meminta masyarakat antarabangsa segera menyenaraikan kumpulan Houthi ke dalam daftar pengganas, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita Saba.
Naib Presiden Yaman Ali Mohsen Saleh bertemu Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) untuk Hal Ehwal Near East, David Schenker pada Ahad di Riyadh.
Dalam pertemuan itu, Saleh mendakwa puak Houthi melakukan serangan peluru berpandu balistik dan dron ke bandar-bandar di Yaman dan negara jiran Arab Saudi.
“Tingkah laku Houthi itu memerlukan masyarakat antarabangsa bertindak balas kepada tuntutan untuk menghukum kumpulan itu dan segera menyenaraikannya ke dalam senarai pengganas,” kata Saleh.
Setakat ini Houthi belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Yaman dicengkam keganasan dan kekacauan sejak 2014, ketika pemberontak Houthi menguasai banyak negeri, termasuk ibu kota Sanaa
Lebih 100,000 rakyat termasuk orang awam, dipercayai terbunuh dalam konflik itu dan menyebabkan Yaman dilanda krisis kemanusiaan terburuk di dunia, dengan jutaan penduduk berdepan risiko kebuluran.
Korban konflik Yaman cecah 233,000, OCHA gesa gencatan senjata