FAYE KUSAIRI SARAT HAMIL 9 BULAN BERDEPAN LUMPUH SEBELAH MUKA
Pelakon Faye Kusairi yang kini sedang sarat hamil sembilan bulan anak kedua itu memberitahu dia baru-baru ini berdepan detik cemas apabila tiba-tiba mendapat serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan otot muka pada Jumaat lalu.
Menurut Faye, semasa kejadian dia sedang menggosok gigi di rumahnya dan tiba-tiba berasa otot muka sebelah kanannya kejang. Masih dalam proses pulih, bagaimanapun Faye meluahkan rasa syukur dibenarkan keluar hospital Ahad lalu.
“Alhamdulillah saya telah dibenarkan pulang. Saya telah dimasukkan ke hospital pada minggu lalu selepas disahkan mengalami serangan Bell Palsy ketika sedang menggosok gigi.
“Saya masih belum sembuh sepenuhnya, masih dalam progress untuk pulih. Separuh muka bahagian kanan saya lumpuh sejak Jumaat lalu dan telah menjalani rawatan dengan pakar neurologi. Sekarang saya dapat gerakkan sedikit otot muka saya. Syukur Alhamdulillah,” tuturnya.
Klik untuk gambar besar
Kandungan kini sudah mencecah 38 minggu, Faye mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil berat tentang keadaan dirinya dan memohon agar mendoakan kesihatannya agar segera sembuh.
“Memandangkan saya kini hamil 38 minggu, saya meneruskan rawatan dan berehat di rumah. Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan serta cepat sembuh,” katanya.
Bell Palsy merupakan sejenis kelumpuhan pada sebahagian muka kerana saraf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara simpton lazim akibat penyakit berkenaan adalah muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri.
SITI NURHALIZA SAHKAN HAMIL 4 BULAN – AAFIYAH BAKAL DAPAT ADIK