ISU ‘MELAMAR’ INTAN LADYANA – HARRIS ALIF AKUI HANYA GIMIK LANCAR LAGU

Hebahkan !!!

Sebelum ini, penyanyi dan pengacara Harris Alif telah memuat naik foto dimana memperlihatkan dirinya seolah sedang melamar kekasihnya. Entri tersebut telah mencetuskan spekulasi dimana rata-rata membuat tekaan wanita dalam foto itu adalah pelakon Intan Ladyana.

Harris yang sebelum ini mengunci mulut tampil memberitahu ‘lamaran’ itu hanya gimik untuk lagu baharu berjudul ‘Anugerah’. Pemilik nama sebenar, Harris Alif Nor Rashidi, 21, menjelaskan foto aksi romantis bersama aktres itu merupakan satu babak dalam muzik video lagu berkenaan yang dilancarkan pada Jumaat.

“Bagi saya biasalah kalau penyanyi nak berkongsi gambar babak-babak dalam muzik video lagu mereka. Bila kita nak keluarkan satu-satu lagu atau projek baharu, kita kena bagi sesuatu untuk buat orang tertunggu-tunggu, jadi saya boleh katakan ia sebagai gimik juga.

“Setakat ini, penerimaan peminat terhadap lagu ini sangat memberansangkan. Single ini juga saya tujukan buat Intan kerana ia merupakan lagu romantis yang boleh dikaitkan dengan kisah cinta sesiapa jua di luar sana,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

‘Anugerah’ merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Archie Nasution dan diedarkan oleh Sony Music Malaysia. Sementara itu, mengulas tentang hubungan cinta mereka, Harris berkata, dia dan Intan dalam perancangan untuk ke fasa seterusnya.Katanya, mereka juga mahu terus melangsungkan pernikahan tanpa mengadakan majlis pertunangan.

“Memang dari awal perkenalan dengan Intan, kami ada berbual mengenai masa depan dan ikatan perkahwinan. Kami mungkin akan terus melangsungkan majlis pernikahan tanpa bertunang.

“InsyaAllah, saya akan beritahu kepada pihak media bila tiba masanya nanti. Kita tunggu sahaja majlisnya nanti, buat masa sekarang memang saya tidak boleh komen apa-apa mengenai hal itu,” jelasnya.

sekitar Mei lalu, Harris mengakui kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu. Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: