“JANGAN RIAK…” – LUMPUH SEBELAH MUKA, FAYE KUSAIRI POSITIF, MUHASABAH DIRI

Pelakon Faye Kusairi menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsikan perkembangan kesihatannya selepas di serang Bell’s Palsy yang menyebabkan kelumpuhan pada sebahagian wajahnya baru-baru ini.

Meskipun mengalami kesukaran untuk bercakap, Faye berusaha memberi kata-kata semangat buat dirinya dan mereka berdepan situasi sama dengannya. Faye berkata dia memuat naik video selepas menerima banyak mesej daripada orang ramai.

“Ramai yang DM saya mengatakan mereka juga pernah dan sedang masih menghadapi Bell’s Palsy ni. Ada yang berkongsi tips utk ke acupuncture. InsyaAllah, saya akan cuba juga.

“Sebab saya buat video ni sebab saya sedar betapa risaunya orang ramai terhadap kondisi saya sekarang dan maybe can also help boost keyakinan serta inject sedikit positivity kepada yang menghadapi Bell’s Palsy,’ tuturnya.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Faye turut meminta agar orang ramai tidak perlu bimbangkan keadaannya kerana dia akan terus positif untuk terus sembuh serta menitipkan nasihat agat tidak riak dan sentiasa bersederhana.

“Jangan risau sgt, jangan stress. Percaya diri kita akan sembuh dan jangan berhenti untuk berusaha. Selagi bernyawa, kita positifkan diri untuk terus sembuh. Jangan malu dengan keadaan kita.



“Sama juga jangan riak bila kita diberi rezeki kesihatan yang mantop, body yang mantop, muka yang cantik dan sebagainya. Sentiasalah bersederhana,” katanya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg



DIDAKWA DOAKAN KESEMBUHAN FAYE KUSAIRI – NETIZEN PUJI ELLY MAZELIN

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button