Pelesit rempit tunggang motor lawan arus elak polis

Oleh – Syeikh Baran


Pelesit rempit tunggang motor lawan arus elak polis
Sebanyak 35 motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Dua, pagi tadi.

Cubaan sekumpulan pelesit rempit melarikan diri daripada operasi polis dengan cara melawan arus di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Dua, Seberang Perai Tengah di sini, awal pagi tadi akhirnya memakan diri.

Dalam operasi Op Samseng Jalanan yang diadakan bermula pukul 3 pagi itu, sebanyak 35 motosikal ditahan di lokasi yang sama.



Operasi tersebut dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Bukit Aman.

Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan awal pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 60 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

“Dalam operasi tersebut, ada yang ditahan ketika cuba menunggang motosikal secara melawan arus bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan ke atas motosikal itu, sebanyak 20 daripadanya telah disita kerana melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh dan mengubah modifikasi motosikal,” katanya di sini, pagi tadi.



Untuk rekod, lokasi berkenaan dikatakan menjadi ‘port panas’ kumpulan pelesit rempit berlumba haram memandangkan laluannya yang lurus selain tempat berkumpul pada malam hujung minggu.

Pada 20 April lalu, Kosmo! melaporkan tindakan empat pelesit rempit yang beraksi ala superman di dua port tumpuan hujung minggu di negeri ini membawa padah apabila mereka ditahan polis dalam operasi bermula pukul 1 hingga 6 pagi.

Operasi itu tertumpu di kawasan hotspot iaitu di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan di Lebuh raya Utara Selatan berhampiran Sama Gagah (Shell Sama Gagah).

Dalam operasi itu, polis turut mengeluarkan sebanyak 19 saman atas pelbagai kesalahan dan sebanyak empat buah motosikal disita di bawah Sek 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading