Seniman buat laporan polis terhadap filem ‘Babi’ karya Namawee


Mohd Hafiz Mohd Nafiah

11/12/2020 09:47 PM

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Persatuan Seniman hari ini membuat laporan polis terhadap filem “Babi” karya Wee Meng Chee atau Namawee yang ditayangkan di luar negara kerana dipercayai mempunyai unsur perkauman dan didakwa telah menjejaskan imej Malaysia.

Setiausaha Agung Seniman Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata selepas menonton klip video filem itu, secara peribadi beliau berpendapat terdapat unsur-unsur perkauman di dalam filem itu meskipun dikatakan ia dibuat berdasarkan kisah benar.



Beliau berkata pihaknya bersikap terbuka bagi mana-mana pihak di negara ini yang mahu menerbitkan sebarang filem, namun ia harus berpandukan garis panduan ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Lembaga Penapis Filem.

“Kami tidak menyekat mana-mana pihak untuk membuat filem yang kritis tetapi kita kena faham bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang hidup dengan pelbagai kaum.

Selain itu, kami juga menggesa agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat filem berkenaan di mana-mana platform media sosial termasuklah di YouTube,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, di sini.

Filem berkenaan didakwa mengisahkan tentang kejadian sebenar keganasan dan rusuhan kaum yang berlaku di sebuah sekolah menengah di selatan tanah air pada tahun 2000.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Babi masuk kompleks beli belah di Putrajaya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button