SCAMMER GUNA TAKTIK TULAR VIDEO PALSU UNTUK MENGGUGUT

Ugut Tularkan Video, Taktik Terbaru Skim Cepat Kaya

Scammer

 

Skim cepat kaya atau dikenali sebagai ‘Macau Scam’ kini dikatakan menggunakan taktik menggugut menerusi panggilan dan video aplikasi whatsapp terhadap mangsa mereka.

Menarik sekali apabila ‘Scammer’ berselindung disebalik gelaran Dato Seri palsu bagi menyakinkan orang ramai bahawa skim pelaburan mereka benar benar wujud. Bukan sahaja kaum Melayu yang terpedaya malah kaum Tiong Hua turut terjebak dengan skim begini cuma mereka enggan didedahkan kerana malu.



Scammer

Mengejutkan apabila melayari salah satu skim pelaburan cepat kaya mendapati syarikat terbabit tidak mengemaskini butiran pelaburan mereka. Kali terakhir dikemaskini adalah pada bulan Ogos 2020 sebelum negara digemparkan dengan penangkapan individu yang dipercayai menjadi ‘Kepala’ sebuah sindiket penipuan skim cepat kaya.

Apa yang menjadi perhatian bagaimana penipuan tersebut dilakukan dan modus operandi yang hampir sama dari satu skim ke satu skim lain. Bagaimanapun kini mereka mengubah taktik apabila mahu memulihkan reputasi dan imej, mereka mencari ‘kambing hitam’ bagi menyakinkan orang ramai pelaburan mereka telah diseleweng ‘kambing hitam’ tersebut.

Menggunakan nombor serta aplikasi whatsapp berlainan, scammer akan menggugut ‘kambing hitam’ setiap masa. Malah pelbagai video turut ditularkan bagi menakut-nakutkan ‘kambing hitam’. Scammer turut mengupah individu tertentu bagi menularkan pelbagai video yang telah disunting dengan suara ‘mangsa ugutan’ kononnya wang pelabur telah lesap.



Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan, scammer akan menggunapakai pelbagai taktik bagi memperdaya orang ramai dengan pelaburan dan kemudian menghilangkan diri dan meletakkan semua kesalahan kepada individu lain. Inilah yang akan dibongkarkan dalam beberapa episod akan datang.

Labur, buka bisnes antara taktik biasa ‘cuci’ wang haram

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button