Labur, buka bisnes antara taktik biasa ‘cuci’ wang haram

Hebahkan !!!

KOTA BHARU: Melabur atau membuka perniagaan antara taktik yang sering digunakan sindiket penggubahan wang haram bagi ‘membersihkan’ hasil yang diperoleh mereka melalui cara tidak sah.

Keadaan itu menyebabkan ada perniagaan yang diusahakan masih beroperasi walaupun tiada pelanggan, malah mampu menambah cawangan atau rangkaian, sedangkan itu antara cara bagi mengaburi pihak berkuasa.

Peguam kanan, Muhammad Hasif Hasan.

Peguam kanan, Muhammad Hasif Hassan, ketika menceritakan pengalaman mengendalikan kes pengubahan wang haram, berkata antara sumber wang haram adalah perjudian, pelacuran, dadah, peras ugut dan penipuan.

“Mereka tidak akan memasukkan wang ke dalam bank kerana prosedur bank banyak dan menyusahkan. Mereka mempunyai wang tunai yang banyak di tangan.

“Bank menghendaki pendeposit menjelaskan sumber wang berkenaan dengan dikawal selia oleh Bank Negara. Maka, cara mudah bagi mencuci wang haram adalah melalui pelaburan dalam mana-mana perniagaan atau membuka perniagaan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihak berkuasa dengan pengalaman yang ada masih boleh mengesan dan mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab itu dan aktiviti mereka.

“Jadi nasihat saya bagi yang menerima pelaburan atau menjadi rakan kongsi, pastikan sumber wang yang diguna atau dilaburkan adalah betul dan halal supaya anda tidak terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Banyak hukuman yang menanti pesalah seperti harta dirampas pihak berkuasa, akaun bank dibekukan dan juga terdapat hukuman penjara jika sabit kesalahan,” katanya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: