Boris Johnson dijangka lawat India pada Januari
15/12/2020 06:24 PM
LONDON, 15 Dis — Perdana Menteri Britain Boris Johnson dijangka melawat India pada Januari depan antara lain bertujuan memperkukuhkan hubungan serta meningkatkan kerjasama dua hala kedua-dua negara.
Lawatan itu atas undangan Perdana Menteri Narendra Modi dan bakal menjadi lawatan dua hala utama Johnson sejurus selepas United Kingdom (UK) menyelesaikan pengundurannya dari Kesatuan Eropah (EU), lapor Agensi Sputnik.
“Saya sangat gembira untuk melawat India awal tahun depan dan ia juga bertepatan dengan permulaan tahun Global Britain serta berharap perubahan besar berlaku dalam hubungan dua hala yang telah disepakati antara saya dengan Perdana Menteri Modi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Johnson juga dijangka mengundang Modi untuk menghadiri sidang kemuncak G7 yang dihoskan Britain pada 2021 sebagai negara tamu, bersama dengan pemimpin Korea Selatan dan Australia.
Pada lawatan itu nanti, Johnson dijadual menjadi tetamu kehormat pada acara perbarisan Hari Republik, yang diadakan setiap tahun di New Delhi pada 26 Januari sempena meraikan kemerdekaan India dari Inggeris pada 1947.
Kazakhstan adakan pilihan raya pada Januari 2021