EPL: Peminat Manchester United ‘sangsi’ kehadiran Sir Jim Ratcliffe

EPL: Peminat Manchester United ‘sangsi’ kehadiran Sir Jim Ratcliffe

EPL: Peminat Manchester United ‘sangsi’ kehadiran Sir Jim Ratcliffe
Sir Jim Ratcliffe berjaya mendapatkan 25 peratus saham bernilai AS$1.3 bilion (RM6.02 bilion) untuk menjadi rakan pemilik kelab yang baharu.

MANCHESTER – Persatuan Penyokong Manchester United (MUST) menerima kehadiran rakan kongsi pemilik baharu, Sir Jim Ratcliffe dengan perasaan bercampur baur selepas berjaya membeli 25 peratus saham kelab secara rasmi semalam.

Sebagai rekod, pengurusan The Red Devils mengesahkan bilionair Britain itu berjaya mendapatkan 25 peratus saham bernilai AS$1.3 bilion (RM6.02 bilion) untuk menjadi rakan pemilik kelab yang baharu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MUST, keputusan untuk Ratcliffe membeli saham United sangat wajar untuk dipuji sesuai dengan misi persatuan untuk mengubah pucuk pimpinan kelab.



“Selepas hampir 18 tahun dibelenggu kemelut hutang selain pengurusan yang tidak berwibawa, kami memang mahu perubahan dalam kelab Manchester United.

“Namun, perasaan kami bercampur baur selepas menerima khabar Ratcliffe kini menjadi sebahagian daripada pemilik kelab.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang




“Dia merupakan peminat United sejak kecil tetapi kami sangat berharap dia boleh membeli saham majoriti berbanding 25 peratus ketika ini.

“Meskipun kami difahamkan Ratcliffe diberikan kuasa untuk menentukan hala tuju pasukan, situasi tersebut mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminat memandangkan dia hanyalah pemegang saham minoriti.

“Mungkin ini adalah satu langkah ke arah masa depan yang lebih cerah tetapi buat masa sekarang, Keluarga Glazers masih lagi menjadi pemilik United dan tiada apa yang berubah,” kata kenyataan itu.

Ratcliffe yang juga pengerusi syarikat gergasi kimia global, INEOS dilaporkan menyediakan dana besar bagi pelaburan masa depan menaik taraf stadium lama kelab itu di Old Trafford.



“Sebagai anak tempatan dan penyokong sepanjang hayat kelab, saya amat gembira mengikat perjanjian bersama lembaga pengarah United yang memberikan kami tanggungjawab menguruskan operasi bola sepak kelab,” kata Ratcliffe. – AGENSI

EPL: Peminat Manchester United ‘sangsi’ kehadiran Sir Jim Ratcliffe


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bukan Hanya Menara Ilham, Aset Daim Yang Lain Juga Akan Di Siasat




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading